Raikan ilmu

"Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai balai bacaan."

Jika diandaikan kotak minda Tok Guru Nik Abdul Aziz itu sebuah briefcase, setiap yang dikeluarkan daripadanya ialah helaian kertas penyelesaian yang mewah alternatif. Sekali pandang ia nampak semacam asing, tetapi jika diteliti dan dihalusi, minda masyarakat Malaysia pada amnya sentiasa disua dan diuji untuk mencuba pelbagai resepi.


Baca penuh.

Berkaitan:
I Won Muhammad Without Losing Jesus

Read more...

I love Allah, Wo Ai Ni Allah, aku cinta Allah

Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi.

Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhir bertemu apa itu Tuhan.


Baca:
Aku sayang Allah, aku rindu Allah, aku cinta Allah

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. Bacalah sehingga habis. ALLAH, bila saya membaca info ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini. Lebih-lebih lagi di waktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang sebenarnya menimbulkan pelbagai masalah di dunia ini.
Kita cuba menyimpan ALLAH di dalam masjid pada hari Jumaat. Mungkin malam Jumaat? Dan sewaktu solat Maghrib sahaja? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit, dan sudah pasti waktu ada kematian.

Baca:
Aku sayang Allah, aku rindu Allah, aku cinta Allah (2)

Read more...

Realiti kehidupan masyarakat yang tidak seimbang

Saya selesai membaca buku Demi Masa karya Abu Hassan Morad, bos Galeri Ilmu. Walaupun ada beberapa artikel beliau akan menjadi tidak malar hijau (evergreen) kerana faktor masa dan peristiwa, namun sebahagian besar tetap relevan.

Beliau mengulas dari sudut pandang seorang Islam yang bernama Melayu. Menarik untuk diteliti dan dicerna kerana banyak perbandingan dibuat dalam setiap komentar.


Sinopsis dari penerbit


Demi Masa yang ditulis oleh Abu Hassan Morad ini merupakan luahan rasa hati beliau terhadap masyarakat hari ini, berkisar terutamanya tentang nasib orang Melayu Islam di Malaysia.


Sebagai seorang anak peneroka yang dibesarkan dalam suasana penuh mencabar, yang kemudiannya menjadi seorang guru, penulis, pengarah dan beberapa lagi amanah lain yang terpikul di bahunya, beliau melihat dan merasa sendiri realiti kehidupan masyarakat yang tidak seimbang, kucar-kacir, tidak terurus, tertindas dan sebagainya. Semua itu disebabkan oleh sifat tamak, tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, tidak prihatin, lemah, penakut, ego dan lain-lain, sebagai akibat daripada kegagalan melaksanakan tugas yang diamanahkan terhadap diri masing-masing.


Dalam catatannya, beliau menyeru anak bangsanya agar berubah, kembali menghayati ajaran Islam yang indah, mengambil iktibar terhadap apa jua kejadian dan mencungkil hikmah terhadap setiap perkara yang berlaku di bawah bumbung dunia globalisasi dunia hari ini.


Tajuk: Demi Masa

Pengarang: Abu Hassan Morad

Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd

ISBN: 978-983-097-188-9

Mukasurat: 192 halaman

Harga: RM19.50 (Sem. Malaysia), RM21.50 (Sabah & Sarawak)

Berkaitan:
Isteri mengamuk di pagi Hari Raya Aidil Adha
Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang

Ikut Nabi Muhamad, doa senjata Mukmin – TG Nik Abd. Aziz

"Terbawa-bawa dengan budaya ilmu yang positif, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca di mana-mana. Ada wartawan bertanya sama ada di rumah saya terdapat bilik bacaan atau tidak. Jawab saya, rumah saya tiada bilik bacaan, kerana seluruh rumah saya telah diisytiharkan sebagai balai bacaan." (Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar kelantan)

Read more...

Lupa bahasa, lupa budaya, kemudian lupa segala

Beberapa hari lalu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa punca pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) adalah lebih baik kerana mata pelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa ibunda.

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berhubung pengajaran di sekolah Cina lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan isu masalah beban buku teks yang terlalu banyak dibawa oleh pelajar sekolah, lapor Harakahdaily.


Dalam isu penggunaan bahasa ibunda ini, saya bimbang jika konsep PPSMI diteruskan, lambat laun bahasa Melayu akan pupus penggunaannya di Malaysia. Bangsa lain akan melihat bahawa dasar PPSMI mendaulatkan bahasa Inggeris, jadi tiada guna belajar menulis dan bertutur bahasa Melayu.


Bahasa Melayu termaktub sebagai bahasa kebangsaan, tetapi ianya tidak diperluaskan penggunaannya. Jadi bagaimana bangsa lain di Malaysia akan menghormati bahasa Melayu andai orang Melayu sendiri seolah-olah malu untuk menggunakannya?


Saya cukup takut akan kedaulatan bahasa yang telah menjadi medium penyebaran agama Islam dan sebagai jambatan utama perpaduan Malaysia ini akan segan untuk hidup di Malaysia.


Semua orang tahu penggunaan tulisan jawi seakan-akan pupus disebabkan sudah tidak lagi menjadi subjek di sekolah. Lihat di kawasan majoriti Melayu-Islam di Selatan Thailand. Dikhabarkan bahawa bahasa Melayu dan budayanya kini terpinggir di kalangan generasi muda umat Melayu di Patani, Songkla, Narattiwat dan Yala. Ini terjadi kerana kerajaan Thailand memaksa semua sekolah di sana menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar.


Tidak boleh dinafikan bahawa bahasa Melayu berkait amat rapat dengan penyebaran Islam di Nusantara ini. Walaupun sejarah ‘Melayu itu Islam, Islam itu Melayu’ sudah tidak relevan lagi, tetapi penguasaan bahasa Melayu di kalangan pendakwah Arab telah menyerapkan banyak perkataan Arab ke dalamnya. Dengan kaedah demikian, Islam tersebar luas di Nusantara. Istilah bahasa Melayu semakin berkembang sejak itu.


Lihat ke Selatan Thailand. Jangan biarkan umat Melayu lupa bahasa sendiri. Justeru lupa bahasa, maka Melayu-Islam akan lupa budaya dan jadi diri. Akhirnya ditakuti Melayu akan lupa kepada Islam. Contoh sudah ada di depan mata.


Berkaitan:
Saya menentang PPSMI tetapi tidak membenci bahasa Inggeris


P/s: Mata serikandi itu kepunyaan siapa?

Read more...

Kelantan: PAS beri tumpuan soal politik, kata Tok Pa

Bernama memetik Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata bahawa "kemelut dalam PAS mengenai siapa pengganti Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai menteri kesar Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat."

Kata Tok Pa lagi, “kerana parti itu lebih memberi tumpuan kepada soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat.”


Alahai Tok Pa (foto atas). Relaxlah.
Itu bukan kemelut atau gege gapo. Peralihan perkara biasa. Yang memainkan hal ini seolah-olah sedikit gege ialah akhbar-akhbar demo juga.

Utusan dan NST misalnya, sudah tiada kerja lain. Akhbar-akhbar itu saya katakan sebagai kalut, kecoh, tidak bertamadun dan bangang!


Justeru kerana MCA dalam kemelut yang gawat maka UMNO dan agen-agennya (baca Utusan, NST) juga jadi kalut.
PAS dan Pakatan Rakyat pun diheret sama ikut menari rentak mereka. Apahal?

Tok Pa, baik demo tengok, intai kelih gapo akan hal royalti minyak Kelantan itu. Itu yang maha penting.


Berkaitan:
Husam saman NST dan Berita Harian Singapura
Minyak Kelantan retorik 1Malaysia
Saman akhbar UMNO: Islam UMNO Islam PLASTIK (BUKAN PALESTIN!), Nik Abd Aziz
Masuk syurga: Akhbar putar belit, Harussani melatah – TG Nik Abdul Aziz


Read more...

Entri terkini

Malaysia's tech news